refleksi minggu ke-6
Setiap industri yang baru berkembang atau yang telah lama berkembang
pasti mempunyai masalah dalam proses perkembangannya.Setiap masalah ini
timbul disebabkan beberapa faktor seperti faktor alam sekitar,faktor
sosial dan kurangnya pendedahan pengetahuan serta maklumat dalam
kalangan penggiat industri mengenai industri yg diceburi..Hal in
imenyebabkan sesetengah daripada mereka memandang remeh terhadap masalah
dan kesan industri mereka yg sebenarnya memberi impak yg besar kepada
masyarkt sekiranya tidak diatasi masalah tersebut.Terdapat juga
sesetengah masalah yg tidak pernah kita sedari dan terfikir di benak
fikiran telah wujud dalam pelbagai jenis industri.

Antara masalah yang dibentangkan ialah, penggunaan racun serangga dan baja organik yang digunakan untuk pertanian bertujuan untuk menghasilkan produk yang baik dan berkualiti. Kebanyakan pengusaha yang memasarkan hasil pertaniaan mereka akan menggunakan baja dan racun serangga dalam kuantiti yang banyak untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti produk mereka dipasaran. Ini memberi kesan yang buruk terhadap alam sekitar kerana penggunaan baja yang banyak boleh menyebabkan pencemaran tanah. Dimana nilai pH tanah akan berubah daripada yang asal dan menyebabkan ia tidak sesuai untuk tanaman sesetengah tumbuhan. Penggunaan racun serangga yang berlebihan pula boleh mendatangkan masalah terhadap pengusaha itu sendiri, apabila serangga perosak itu "develop resistance" menyebabkan pengunaan racun serangga yang lebih tinggi,lebih chemical dan lebih merbahaya terhadap alam sekitar.
0 comments:
Post a Comment